Terkini

Bapa Tiri Rogol Bayi, Ibu Pula Beri Minum Air Panas Supaya Berhenti Menangis

Satu kejadian serangan jenayah kejam terhadap seorang bayi berusia setahun setengah yang berlaku di Chonburi, telah menggemparkan masyarakat Thailand. Bayi itu yang bernama Bai Bua sedang berada di hospital setelah dirogol, patah tulang di dua tempat dan mulut pula bengkak kerana minum air panas.



Kedua-dua ibu dan bapa tiri bayi itu telah ditahan polis. Piya Phosang, 21, telah mengaku kesalahan merogol dan juga didakwa melakukan serangan yang menyebabkan kecederaan serius. Ibunya, Nit, 21, seorang warga Kemboja juga didakwa melakukan serangan sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Keduanya muncul di siaran televisyen nasional beberapa hari lepas. Apabila pemberita bertanya jika si bapa tiri telah mengambil dadah atau alkohol sebelum mendera Bai Bua, dia mengatakan tidak. Dia memberitahu polis dia melakukannya kerana perlukan seks dan dia hanya berhenti merogol apabila bayi itu menangis. Kedua-duanya telah meminta maaf atas kesalahan mereka.


Polis Nong Kham diberitahu mengenai jenayah tersebut malam Selasa minggu lalu oleh staf Hospital Laem Chabang yang mendakwa sedang memberi rawatan kepada bayi perempuan Kemboja berusia setahun lima bulan. Bayi itu patah tulang tangan kanan, patah tulang peha kiri, kemaluannya koyak manakala mulut melecur dan bengkak kerana sering diberi munum air panas.

Bapa Tiri Rogol Bayi, Ibu Pula Beri Minum Air Panas Supaya Berhenti Menangis

Bapa Tiri Rogol Bayi, Ibu Pula Beri Minum Air Panas Supaya Berhenti Menangis

Bapa Tiri Rogol Bayi, Ibu Pula Beri Minum Air Panas Supaya Berhenti Menangis

Ibunya memberitahu polis yang Piya tinggal di satu tapak pembinaan di Sri Racha, Chonburi. Khamis minggu sebelumnya dia keluar untuk membeli makanan tengahari dan apabila pulang, dia mendapati kemaluan bayinya cedera dan darah keluar dari kemaluan bayi itu.

Pada hari Ahad, satu perbalahan terjadi antara si ibu dan bapa tiri. Si ibu mendakwa Piya telah memijak perut bayi itu kemudian menggenggam kepala bayi itu sebelum menghempasnya ke lantai.

Dia kemudiannya memegang tangan Bai Bua dan menariknya sehingga tertanggal dari soket bahu. Si ibu berjaya melepaskan diri bersama bayinya tetapi masih tidak membawa bayi itu ke hospital.

Bapa Tiri Rogol Bayi, Ibu Pula Beri Minum Air Panas Supaya Berhenti Menangis

Bapa Tiri Rogol Bayi, Ibu Pula Beri Minum Air Panas Supaya Berhenti Menangis


Si ibu memberitahu pada hari Selasa bayi itu tidak berhenti menangis dan tidak bergerak. Dia kemudiannya memberi Bai Bua air panas yang dicampur air sejuk dalam botol. Kemudian dia mendapati mulut Bai Bua mula bengkak dan terdapat kesan merah di dada bayi itu. Kemudian barulah si ibu membawa bayi itu ke hospital.

Piya mengaku telah merogol bayi itu setelah disoal siasat oleh polis. Dia mendakwa hanya inginkan seks, tetapi tidak sampai habis merogol bayi itu apabila si kecil itu mula menangis. Ibunya pula mendakwa yang dia tak sengaja memberi bayi itu minum air panas.

Bapa Tiri Rogol Bayi, Ibu Pula Beri Minum Air Panas Supaya Berhenti Menangis

Bapa Tiri Rogol Bayi, Ibu Pula Beri Minum Air Panas Supaya Berhenti Menangis

Ketua Polis daerah Chonburi, Amphob Buarapporn telah melawat bayi itu yang kini telah dipindahkan ke Hospital Chonburi. Para doktor mengatakan harapannya untuk hidup ialah 50-50, lapor tnamcot.

Nota: ada yang mengatakan bayi Bai Bua telah meninggal dunia, tetapi masih belum ada laporan rasmi dari sumber bahasa Inggeris mengenai kematiannya.

Sumber: Thai Visa / Amazingnara.com


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments