Terkini


Bayi Ditikam 14 Kali, Ditanam Hidup-Hidup Temui Keluarga Baru

BANGKOK: Seorang bayi mencipta keajaiban apabila masih hidup walaupun pernah ditikam sebanyak 14 kali dan ditanam hidup-hidup di Thailand.


Bayi Ditikam 14 Kali, Ditanam Hidup-Hidup Temui Keluarga Baru

Bayi yang dinamakan Aidin itu, kini sudah berusia tujuh bulan sejak kejadian ngeri yang berlaku kepadanya pada Februari lalu apabila diperlakukan sedemikian di wilayah Khon Kaen beberapa hari selepas dilahirkan.

Kini selepas dijaga dengan baik oleh sebuah pusat penjagaan anak yatim tempatan, Aidin dijangka memulakan hidup baharu bersama pasangan dari Sweden.

Mengimbas kembali tragedi yang menimpanya, Aidin mengalami kecederaan yang teruk akibat ditikam dan ditanam hidup-hidup oleh pelaku.

Namun seorang pengembala lembu yang kebetulan lalu di kawasan tersebut, Kachit Krongyut ternampak kaki kecil bayi itu yang terkeluar dari timbusan tanah, lalu menyelamatkannya.


Aidin kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan dan doktor memaklumkan bayi itu bernasib baik kerana tekanan daripada timbusan tanah menghalang pendarahan yang teruk sehingga boleh mengundang kematian.

Penjaga Pusat Anak Yatim Kaen Thong, Supachai Pathimchart berkata, mereka berasa gembira dengan kehidupan yang bakal dilalui oleh Aidin.

“Semua pemeriksaan telah dijalankan bagi membolehkan Aidin tinggal bersama keluarga baharu.

“Dia menempuh pengalaman yang ngeri tetapi dia mempunyai karakter yang baik dan sentiasa gembira,” katanya seperti dilaporkan portal Mail Online.

Siasatan doktor mendapati Aidin mungkin didera oleh ibunya, seorang wanita tempatan berusia 42 tahun.

Wanita terbabit yang tidak dinamakan itu, telah ditahan oleh pihak polis berdasarkan bukti kesan tayar motor dan tapak kasut di lokasi kejadian.

Dia didakwa atas tuduhan cubaan membunuh dan mengabaikan anak sendiri. - Dailymail


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments