Datuk Seri Jamal Yunos Ditahan Polis Bukit Aman Di KLIA

Kuala Lumpur – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan Polis Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebentar tadi.


Datuk Seri Jamal Yunos Ditahan Polis Bukit Aman Di KLIA

Penahanan berkenaan berlaku sebaik beliau baru tiba dari luar negara.

Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (Nadi Rakyat), Rafi Awang Kechik, berkata Pengerusi Gabungan NGO Selangor itu kini dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan.

“Bertabah Dato kerana inilah nilai perjuangan yang perlu kita bayar,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya.

Rafi yang menyokong Jamal turut memuat naik hashtag berbaur solidariti antaranya #noretreatnosurrender dan #solidariti4DatoJamalYunus. – BH Online


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments