Terkini

DBKL Akan Kenakan Caj Kesesakan Di Kuala Lumpur

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan sistem caj kesesakan di pusat bandar selepas projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) Line 1 beroperasi.


DBKL Mahu Kenakan Caj Kesesakan Di Kuala Lumpur

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar DBKL, Nik Mastura Diyana Nik Mohamad berkata DBKL sedang mengkaji perkara itu, tetapi penentuan harga bagi setiap kenderaan masih belum dimuktamadkan.

"Kami akan laksanakan (caj jalan raya) yang akan menjadi inisiatif terakhir untuk mengurangkan kesesakan di bandar.

"Kami masih melihat butirannya. Kami telah menemui orang ramai bukan sahaja untuk dapatkan pandangan mengenai caj berkenaan, tetapi lebih kepada bagaimana nak mengubah pengangkutan awam di Kuala Lumpur, "katanya kepada The Edge Financial Daily selepas menghadiri sebuah forum semalam.

Fasa pertama MRT Line 1 di antara Sungai Buloh dan stesen Semantan di Damansara Heights, dijadual memulakan operasi pada bulan Disember. Manakala fasa kedua antara stesen Semantan dan Kajang akan beroperasi pada Julai 2017.


Terdahulu, Nik Mastura Diyana berkata caj berkenaan dimasukkan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

"Kita tidak boleh melaksanakannya sekarang kerana tidak ada alternatif kepada orang ramai," jelas beliau.

Pihak berkuasa, katanya telah merancang untuk melaksanakan dasar itu bagi menghalang kesesakan lalu lintas di pusat bandar seawal tahun 1980-an.

Nik Mastura berkata ia bertujuan mengelakkan orang ramai daripada menggunakan kereta persendirian di pusat bandar bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

"Seperti yang dilaksanakan di Singapura. Jika anda pergi ke pusat bandar pada waktu tertentu yang menyebabkan kesesakan, anda perlu membayarnya," katanya. - MalaysiaKini


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments