Terkini

Diana Danielle Geram Orang Ejek Filem “Hanyut” U-Wei (Video)

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Empat tahun “Hanyut” mengambil masa untuk ditayang di negara sendiri, Diana Danielle kecewa apabila kerap ditanya bila filem itu dapat ditonton. Membawa watak Nina dalam filem arahan U-Wei Shaari itu, Diana berkata tanggal 24 November ini jawapan pasti selepas bertahun-tahun diajukan soalan yang mengguris hatinya.


Diana Danielle Geram Orang Ejek Filem “Hanyut” U-Wei

“Geram, balik negara sendiri orang tanya ‘Hanyut, bila nak keluar? Dah hanyut ke?’ Ia menyakitkan hati saya. Jadi apabila sudah keluar, ini dia, tidak hanyut lagi, ya!

“Rasa macam tidak percaya. Betul ke? Saya lega sebenarnya. Saya tidak tahu sampai beberapa bulan lepas. Ada orang cakap ‘Hanyut’ keluar tahun ini, saya kata tidak.

“U-Wei tidak cakap apa-apa. Ia sesuatu yang besar untuk saya tetapi saya dudah pernah tonton di Indonesia, maka ada juga rasa terubat,” katanya

“Hanyut” memulakan penggambaran pada 2010 dan siap sepenuhnya dua tahun kemudian.

Satu babak lakonan Diana Danielle (kanan), membawa watak Nina
Satu babak lakonan Diana Danielle (kanan), membawa watak Nina daripada adaptasi novel ‘Almayer’s Folly.’ — Foto ihsan produksi Hanyut

Filem yang diadaptasi daripada novel Almayer’s Folly nukilan Joseph Conrad pernah ditayangkan di pawagam Indonesia pada 2014 dengan judul “Gunung Emas Almayer.”

Menampilkan Datin Sofea Jane, Adi Putra, Khalid Salleh, Sabri Yunus dan Bront Palarae, filem ini yang mengambil masa dua bulan penggambaran turut menampilkan pelakon antarabangsa.

Diana, 24, berkata walaupun “Hanyut” mendapat sambutan memberangsangkan di Indonesia, namun tetap menjadi harapannya filem berkenaan ditayangkan di sini.

“Ada juga rasa putus asa. Bila saya tanya U-Wei, dia kata ‘saya akan cuba yang terbaik.’ Dia kata ‘saya akan pastikan ia ditayang juga.’ Bila tanya bila, dia kata ‘tak tahu.’

“Kami di kalangan artis pun sudah berhenti bercerita tentangnya. Kami setia menunggu,” katanya, mengukir senyuman.


Walau dirundung resah bercampur kecewa menanti, kata Diana, pujian daripada suaminya, pelakon Farid Kamil, membuatnya lebih terharu.


“Apabila dia [Farid] menonton filem itu tahun lalu di Indonesia, dia sangat bangga, dia kata tidak pernah menikmati filem saya sebelum ini,” ceritanya lagi.

“Jika dia tidak kagum, saya akan pukul dia. Dia patut kagum walaupun dengan filem itu sendiri.”

“Hanyut” tidak pula membuatnya terfikir untuk mendapat pengiktirafan kerana pengalaman bekerja dengan U-Wei itu lebih penting baginya.

“Saya sudah rasa menang apabila [dapat] bekerja dengan U-Wei. Harapkan sesuatu daripada orang, akhirnya kita akan menyesal.

“Apa yang saya harap penonton suka filem ini. Bila mereka suka, saya sudah menang,” kata pelakon filem “Magika.”


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments