Top Ad unit 728 × 90

recent

Dua Daripada Tiga Pelajar Universiti Lemas Berpaut Antara Satu Sama Lain

KUALA LUMPUR, 3 Muharram 1438H, Selasa – Dua daripada tiga mayat mangsa lemas di Air Terjun Lubuk Jepun di sini ditemukan dalam keadaan berpaut antara satu sama lain, menurut saksi kejadian.


Dua Daripada Tiga Pelajar Universiti Lemas Berpaut Antara Satu Sama Lain

Dalam insiden kira-kira 10.30 pagi tadi itu, Muhammad Abdullah, 22, Mohd Sazwan Rahim dan Azrul Hisham Azman, masing-masing berusia 27 tahun, ditemukan mati lemas ketika beriadah bersama tiga lagi rakan mereka di kawasan air terjun berkenaan di Batu 16 Gombak di sini.

Saksi berkenaan, yang juga rakan mangsa, Muhammad Hisyam Haris, 21, berkata sebelum mayat Muhammad dan Mohd Sazwan ditemukan, mayat Azrul Hisham ditemukan terlebih dahulu di tempat kejadian.

“Jasad Muhammad dan Mohd Sazwan sukar dibawa keluar kerana berada di dasar air terjun itu,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur.

Menceritakan detik cemas itu, pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, terdetik di hatinya untuk membantu Muhammad, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang tergelincir ketika cuba mengambil selipar yang terjatuh ke dalam air terjun berkenaan.

Namun, menyedari air agak dalam dan arus deras menyebabkan beliau terpaksa mengambil keputusan sukar untuk membatalkan hasratnya itu.

“Air terjun itu agak dalam, kira-kira 3.65m hingga empat meter. Azrul Hisham dan Mohd Sazwan terjun untuk menyelamatkan Muhammad, namun mereka juga lemas,” katanya, merujuk kepada tindakan dua pelajar USIM itu.

Muhammad Hisham berkata, beliau bersama tiga mangsa dan dua lagi rakan bertolak dari Nilai, Negeri Sembilan pada 6 pagi dan tiba di air terjun itu sekitar 10 pagi sebelum kejadian berlaku.


Beliau menyifatkan ketiga-tiga mangsa sebagai individu yang alim dan mempunyai pendidikan agama yang tinggi.

“Kesemua arwah orang yang sangat baik hati,” katanya.

Sementara itu, ibu Mohd Sazwan, Sharifah Abdul Hamid, 49, menyifatkan anak kedua daripada lima beradik itu seorang yang baik dan tidak pernah menyusahkan keluarga.

Beliau berkata, kali terakhir mereka berjumpa ialah pada Aidilfitri lepas.

“Mohd Sazwan anak yang pendiam, dia jarang balik rumah tetapi kami sering berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

“Saya dapat tahu mengenai kejadian yang menimpa Mohd Sazwan selepas solat Zohor tadi melalui panggilan telefon rakannya…terkejut dan tidak sangka namun saya reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya dalam nada sayu. – Bernama


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Dua Daripada Tiga Pelajar Universiti Lemas Berpaut Antara Satu Sama Lain Reviewed by Adam Hakimie on October 04, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.