Harga Seluar Dalam Bercorak Jalur Gemilang Lebih Mahal Dari Tiket F1

Seluar dalam bercorak Jalur Gemilang yang dipakai oleh sembilan orang warga asing semasa menyaksikan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) di Sepang hingga mencetuskan kontroversi, sebenarnya lebih mahal harganya daripada tiket F1 sendiri.


Harga Seluar Dalam Bercorak Jalur Gemilang Lebih Mahal Dari Tiket F1

Seluar itu boleh dibeli melalui dalam talian dan dijual oleh jenama Budgy Smuggler pada harga A$55 (RM173.74) manakala tiket F1 pula kira-kira RM160 (mengikut kategori).

Jenama Budgy Smuggler ini mendapat perhatian dunia selepas bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbot dirakamkan memakai seluar dalam jenama itu.

Syarikat berkenaan ketika diminta mengulas mengenai penahanan sembilan lelaki yang memakai seluar dalam Jalur Gemilang itu memberitahu pihaknya tidak mengenali lelaki terbabit dan tidak mempunyai idea bila mereka membelinya atau bagaimana ia akan dipakai.

Budgy Smuggler juga enggan memberikan sebarang komen mengenai insiden terbabit.


Namun apa yang dipersoalkan ialah kenapa bendera Singapura tidak pula dijadikan seluar dalam meskipun negara terbabit telah menganjurkan sukan berkenaan, dua minggu sebelum F1 diadakan di Malaysia.

Apapun inside terbabit cukup memalukan dan tindakan tegas perlu dikenakan ke atas warga asing ini. Mereka yang ditangkap adalah sembilan lelaki berusia antara 25 hingga 29 tahun termasuk seorang yang bertugas sebagai penasihat kepada Menteri Industri Pertahanan Australia, Christopher Pyne.

Perbuatan mengaibkan itu dilakukan ketika mereka berada di bawah pengaruh arak ketika meraikan kemenangan pelumba Australia, Daniel Ricciardo di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Perbuatan berkenaan bukan sahaja dikutuk rakyat Malaysia malah seorang ahli politik Australia, Scott Morrison memberitahu bahawa insiden itu merupakan peringatan kepada rakyat Australia yang melancong ke luar negara agar mengikut peraturan negara yang mereka lawati.

“Ia adalah peraturan mereka, anda berada di situ jadi anda perlu mengikutnya,” katanya dalam nada tegas.

Selain tuntutan daripada banyak pihak agar mereka yang terlibat dalam insiden memalukan itu dikenakan tindakan tegas, tidak terlepas daripada gesaan yang sama ialah supaya penganjur F1 di Sepang juga diambil tindakan sama.

Ini kerana penganjur dilihat gagal menjaga kelakuan penonton mereka yang hadir.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments