Terkini

Jika Majlis Raja-Raja Tak Boleh Pecat Najib, Cukup Perakui Deklarasi Rakyat

ALOR SETAR, 10 Muharram 1438H, Selasa – Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bermula hari ini amat penting untuk menterjemah kuasa dan ungkapan ‘Raja dan rakyat berpisah tiada’ sekiranya dikaitkan dengan tuntutan Deklarasi Rakyat.


Jika Majlis Raja-Raja Tak Boleh Pecat Najib, Cukup Perakui Deklarasi Rakyat

Meskipun sukar untuk Majlis Raja-Raja khususnya Yang di-Pertuan Agong memenuhi tuntutan Deklarasi Rakyat, tetapi katanya cukuplah jika Majlis Raja-Raja boleh memperakui kandungan Deklarasi Rakyat yang di tandatangani 1.2 juta rakyat.

“Pengiktirafan itu penting walaupun tidak berupaya untuk memecat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Najib tetapi tidak dapat bertindak memecatnya kerana halangan perundangan,” katanya.

Mahfuz berkata, walaupun wujud pertikaian dalam mentafsirkan kandungan kuasa Agong dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sudah cukup bagi mengubat luka hati rakyat Malaysia jika baginda bersetuju dengan tuntutan itu.


Ini kerana rakyat menanti dengan penuh debaran keputusan Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat hingga Khamis ini yang membincangkan hal-hal berkaitan kepentingan rakyat dan negara.

“Rakyat berdepan keperitan hidup menanggung kos hidup yang meningkat bawah pentadbiran Najib.

“Adalah tidak wajar Majlis Raja-Raja membiarkan keadaan itu terus berlarutan dan menjadi lebih buruk,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat kepada semua raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri memaklumkan usaha yang dilakukan menerusi Deklarasi Rakyat.

Pihaknya berharap Majlis Raja-Raja akan membuat ketetapan mengambil tindakan terhadap Najib.



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments