Terkini

Universiti Hertfordshire Nafi Bakal Anugerah PhD Kepada Azizan Osman

PUTRAJAYA - Semalam Richworks memuat naik kenyataan rasmi di laman Facebooknya mendakwa Azizan Osman mendapat PhD dari Amerika Syarikat dan bakal menghadiri konvokesyen di Hertfordshire University, United Kingdom.


Hertfordshire University Nafi Bakal Anugerah PhD Kepada Azizan Osman

Menurut Richworks, Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Hertfordshire Univeristy dan bakal menghadiri konvokesyen di universiti berkenaan dalam masa terdekat.

Baca: Syarikat Richworks Jawab Status PhD Azizan, Ada PhD Luar Negara

Bagaimanapun, berdasarkan siasatan beberapa netizen, ada yang mengambil inisiatif sendiri dengan menghubungi pihak Hertfordshire University untuk memeriksa kesahihan dakwaan Richworks itu. Ternyata hasil 'siasatan' dari netizen ini mengejutkan.


Berdasarkan maklumbalas pihak Hertfordshire University melalui Facebook, pihaknya memaklumkan bahawa tiada sebarang nama Azizan Osman dalam data mereka.

Hertfordshire University Nafi Bakal Anugerah PhD Kepada Azizan Osman

Malah Azizan Osman juga bukan pelajar mereka. Malah, pihak universiti itu menegaskan, mana-mana individu yang mahu membuat PhD Psikoloi adalah wajib mempunyai Ijazah Psikologi dan atau dibiayai oleh Kementerian Kesihatan di United Kingdom

Pengesahan daripada pegawai Hertfordshire University, mengenai status Azizan Osman
Pengesahan daripada pegawai Hertfordshire University, mengenai status Azizan Osman

Sebelum ini, pihak UM, IUKL dan UKM nafi pernah menganugerahkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada Azizan Osman. Kali ini, Hertfordshire University pula membuat penafian yang sama.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments