Kebakaran Kedua Berlaku Di Bilik Bedah HSA Pula [Video]

JOHOR BAHRU: Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru sekali lagi gempar apabila satu lagi kebakaran dilaporkan berlaku dipercayai bilik pembedahan tingkat satu, sebentar tadi, lapor Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor.


Kebakaran Kedua Berlaku Di Bilik Bedah HSA Pula [Video]

Kejadian dipercayai berlaku kira-kria 1.40 petang selepas kepulan asap kelihatan keluar dari kawasan bangunan berkenaan.

Difahamkan, kesemua kakitangan HSA dan pesakit telah diarahkan mengosongkan bangunan.


Baca: Wad ICU Hospital Sultanah Aminah Terbakar, Ada Mangsa Terperangkap

Sementara Berita Harian melaporkan, sebuah jentera bomba sudah tiba di lokasi.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang maklumat rasmi berhubung kebakaran itu sama ada melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments