Header Ads

  • Terkini

    Kes Liwat: Peguam Anwar Kemuka Tiga Elemen Untuk Ketepi Kes

    Putrajaya – Pihak pembelaan menyentuh tiga elemen dalam hujah menyokong permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mahkamah Persekutuan menyemak keputusannya sebelum ini berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap bekas ketua pembangkang itu atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.


    Kes Liwat: Peguam Anwar Kemuka Tiga Elemen Untuk Ketepi Kes

    Pada prosiding di Mahkamah Persekutuan sebentar tadi, peguam Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram, mengemukakan hujah berkaitan bukti yang dikemukakan di mahkamah selain penyalahgunaan proses serta teori konspirasi.

    Beliau berhujah, kes ke atas anak guamnya wajar diketepikan berdasarkan integriti lokasi kejadian dan bukti DNA.


    Berhubung elemen penyalahgunaan proses pula, peguam itu menyentuh tindakan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik sebagai Pendakwa Raya dan mengadakan sesi penerangan bersama pemimpin parti politik selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mensabitkan Anwar.

    Beliau berkata, ketiga-tiga elemen itu membuktikan wujud keraguan dalam kes liwat membabit Anwar.

    Baca: Mahkamah Tangguh Keputusan Permohonan Anwar Ketepi Sabitan Kes Liwat

    Permohonan Anwar didengar panel lima hakim, iaitu Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah serta dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

    Pasukan pendakwaan dibarisi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Zhafran Rahim Hamzah, manakala Anwar turut diwakili peguam, N Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, J Leela dan Latheefa Koya. – BH Online


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad