Terkini


Lelaki Mengamuk Bunuh Adik & Ibu Saudara

Baling – Seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental bertindak memukul sehingga mati adik kandung yang lumpuh dan ibu saudara mereka dalam kejadian di Kampung Lanai dekat sini pagi tadi.


Lelaki Mengamuk Bunuh Adik & Ibu Saudara

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, suspek yang berusia 32 tahun itu dipercayai bertindak memukul adiknya, Mohd.  Azwan Wahab, 26, yang lumpuh sejak empat bulan lalu akibat kemalangan dengan sebatang kayu  Sementara ibu saudaranya, Rokiah Abdullah, 54, dikatakan cuba menenangkan amukan suspek turut dipukul pada muka dengan bata di pekarangan rumah mereka.

Menurut kakaknya, Zurina Wahab, 39, kejadian berlaku pantas apabila suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk dan mengambil sebatang kayu yang dijadikan kayu api memukul Mohd.


Azwan hingga mati. “Ketika itu saya sedang mendodoi anak saya yang berusia lima bulan di ruang tamu dan adik saya tiba-tiba mengamuk lalu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Mohd. Azwan lalu bertindak memukulnya dengan kayu.

“Saya kemudian mengambil anak saya lalu berlari keluar rumah untuk meminta pertolongan,” katanya di sini hari ini. Suspek diberkas penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis. – Utusan


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments