Lelaki Parah, Paha Digilis Traktor Pembajak Sawah

ALOR SETAR: Seorang lelaki cedera digilis traktor pembajak sawah selepas terjatuh dari jentera dikendalikannya di Kampung Alor Goncar di sini, petang semalam.


Lelaki Parah, Paha Dgilis Traktor Pembajak Sawah

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu menyebabkan paha kanan Rohaizat Hasan, 31, cedera.

Pegawai Latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar, Staf Muda (PA) Mohd Shukri Shuib, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 4.30 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.


Beliau berkata, mangsa didapati mengalami kecederaan parah pada paha kanan sebelum rawatan diberi termasuk membalut luka.

“Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HBS) untuk menerima rawatan lanjut dan keadaannya dilapor stabil,” katanya.
(BHONLINE)


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments