Terkini


Mahkamah Tangguh Keputusan Permohonan Anwar Ketepi Sabitan Kes Liwat

Putrajaya – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menangguhkan keputusan mengenai permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.


Mahkamah Tangguh Keputusan Permohonan Anwar Ketepi Sabitan Kes Liwat
Mahkamah menangguhkan keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sabitan kes liwat.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinudin berkata, mahkamah tidak mahu membuat keputusan secara terburu-buru dan akan mengeluarkan penghakiman bertulis pada satu tarikh yang akan ditentukan.

“Mahkamah perlukan masa untuk meneliti hujahan pihak- pihak yang terlibat sebelum membuat keputusan,” katanya.


Panel hakim yang turut mendengar permohonan tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah; Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Seri Abu Samah Nordin dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Pasukan pendakwa raya diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid.

Sementara Anwar Ibrahim diwakili oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan. – Kosmo


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments