Marina Juki Bersyukur, Berhak Dapat 15% Pendapatan Zizan Razak

“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi akhirnya kemenangan berpihak kepada saya. Saya berasa amat bersyukur selepas lebih dua tahun setengah menunggu dan akhirnya kes ini selesai.”


Marina Juki Bersyukur, Berhak Dapat 15% Pendapatan Zizan Razak

Demikian reaksi ringkas bekas pengurus Zizan Razak iaitu Marina Juki ketika dihubungi bagi mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi berhubung kes berkaitan perlanggaran kontrak.

Baca: Luahan Hati Zizan Disaman RM500K Dari Bekas Syarikat Pengurusan

Mahkamah memutuskan Marina, 33 berhak mendapat 15 peratus daripada pendapatan pengacara itu sepanjang 2011 sehingga Mei 2015.

Baca: Mahkamah Tinggi tolak kes saman Marina Juki terhadap Zizan Razak

Marina Juki

Pada 5 November 2014, Marina memfailkan saman terhadap Zizan yang didakwa melanggar syarat perjanjian apabila mengikat kontrak dengan syarikat lain sebelum kontraknya bersama Wire Fame Entertainment tamat.


Baca: Sekali Lagi Mahkamah Tolak Saman Marina Juki Terhadap Zizan Razak

Marina Juki Bersama Zizan Razak

Marina adalah perunding syarikat pengurusan Uprising Entertainment yang menguruskan artis seperti Juliana Evans, Kaka Azraff, Johan Asaari, Haris Baba dan Ummi Nazeera. Sumber: Harian Metro


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments