Remaja Arab Terima Padah Gara-gara Mengurat Gadis Comel Di Live Video

Arab Saudi – Seorang remaja Arab Saudi yang popular di laman video YouNow selepas ‘mengurat’ seorang gadis dari Amerika Syarikat yang comel telah ditangkap polis.


Gara-gara Mengurat Gadis Comel Di Live Video, Remaja Arab Ditangkap Polis

Jurucakap polis di Riyadh, Kolonel Fawaz Al-Mayman mengesahkan remaja yang dikenali sebagai Abu Sin, 19 ditahan pihak berkuasa Ahad lepas.

Abu Sin popular selepas ‘cara memikatnya yang teruk’ telah berjaya memikat Christina Crockett, 21 yang berarasl dari California.

Pasangan berkenaan berjaya menarik perhatian lebih 6.5 juta penonton walaupun penggunaan bahasa Inggeris Abu Sin ‘berserabut’.

“Laman video siaran langsung (live broadcasting) berkenaan telah dilancarkan pada 2011 dan popular dikalangan remaja Arab,” kata Fawaz dipetik laporan Saudi Gazette.

Kata Nawaz, Abu Sin ditahan kerana ‘berperangai tidak beretika’.


“Video-video beliau menerima banyak komen dan ramai pelayar di kalangan rakyat awam Arab Saudi mahukan beliau dihukum kerana kelakuannya,” jelas Fawaz.

Peguam, Abdulrahman Al-Lahem memberitahu Abu Sin telah melanggar undang-undang Shariah dan undang-undang teknologi maklumat Arab Saudi.

Christina Crockett
Christina Crockett

“Remaja berkenaan berhadapan dengan hukuman penjara setahun sehingga tiga tahun, bergantung kepada hakim,” kata Abdulrahman.

Abdulrahman juga menjelaskan bahawa undang-undang Shariah Arab Saudi juga berfungsi di dunia maya.

Saksikan video perbualan mereka di bawah ini:



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments