Header Ads

  • Terkini

    Mokhzani Letak Jawatan Pengerusi Sepang International Circuit

    Kuala Lumpur – Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Tan Sri Mokhzani Tun Dr. Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah SIC berkuat kuasa serta merta.


    Mokhzani Letak Jawatan Pengerusi Sepang International Circuit

    Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau yang berkhidmat selama 13 tahun, berkata, ia merupakan penghormatan dan istimewa untuk menjadi sebahagian daripada pasukan SIC menyaksikan litar itu daripada menghoskan perlumbaan amatur kepada perlumbaan profesional bertaraf dunia.

    “Saya bangga dapat menyaksikan pelumba Malaysia bangkit untuk memberi saingan kepada bakat antarabangsa serta membawa perubahan kepada rakyat Malaysia dan budaya permotoran serantau, sekali gus mewujudkan budaya baharu dalam profesionalisme dan keselamatan dalam sukan permotoran.


    “SIC bukan sahaja telah menjadi lokasi latihan yang melahirkan ramai bakat dalam kedua-dua perlumbaan motosikal dan kereta tetapi juga kepada kumpulan sokongan dalam sukan permotoran,” katanya.


    Tan Sri Mokhzani Tun Dr. Mahathir

    Sementara itu, Ketua pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Razlan Razali mengakui bimbingan dan nasihat Mokhzani adalah antara pengalaman dan kenangan paling berharga sepanjang beliau memegang jawatan CEO.

    Beliau berkata, Mokhzani telah memberi SIC visi yang membentuk budaya kerja dalam membangun dan mengembangkan organisasi itu seperti apa yang dikecapi sekarang. – Bernama


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad