Padah Diterima 3 Pemandu Ini Kerana Gunakan Lorong Kecemasan

Rembau – Tiga pemandu yang dikesan menggunakan lorong kecemasan di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di daerah ini semasa Op Hari Raya lepas, didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.


Padah Diterima 3 Pemandu Ini Kerana Gunakan Lorong Kecemasan
Majistret menjatuhkan hukuman denda RM1,500 kepada Noraine Ahamad, 59, dan RM1,000 masing-masing kepada Norhafizah Abdul Majid, 36, serta Chan Hua Wei, 29, selepas mereka mengaku bersalah.

Majistret Tan Chai Wei menjatuhkan hukuman denda RM1,500 kepada Noraine Ahamad, 59, dan RM1,000 masing-masing kepada Norhafizah Abdul Majid, 36, serta Chan Hua Wei, 29, selepas mereka mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, Noraine dari Melaka yang memandu kenderaan pelbagai guna, didakwa memandu dan memotong di lorong kecemasan di KM 232 PLUS arah utara pada pukul 11.35 pagi 30 Jun lepas.

Chan dari Perak pula didakwa melakukan kesalahan sama di KM 227.4 PLUS arah utara kira-kira pukul 1.45 petang 10 Julai lepas manakala Norhafizah yang beralamat di Bahau dekat sini juga didakwa melakukan perbuatan itu di KM 225 arah selatan pada 16 Julai lalu kira-kira pukul 3.21 petang.

Mereka dituduh melakukan kesalahan tersebut semasa Op Hari Raya yang dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) antara 30 Jun hingga 16 Julai lalu.


Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Kaedah 53(1) Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1959 yang memperuntukkan denda hingga RM2,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-dua sekali.

Baca: “Mereka Yang Guna Lorong Kecemasan Hari Itu Memang Pembunuh” – Kakak Mangsa

Pendakwaan kes dilakukan Pegawai Pendakwa JPJ Mazlan Mohmad Shah manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Memang tak patut: Pasangan Kantoi Lakukan Sumbang Di Lorong Kecemasan

Selain itu, JPJ turut mengeluarkan waran tangkap terhadap lima pemandu yang gagal hadir bagi menghadapi pertuduhan itu dan pertuduhan terhadap mereka dijangka akan dibuat pada 4 Jan depan. – Bernama


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments