Pelajar Kolej Perubatan Hilang Selepas Keluar Rumah

SIBU - Seorang pelajar perubatan tahun akhir Segi College Sarawak yang sedang menjalani latihan di Hospital Sibu dilapor hilang selepas tidak kembali ke rumah pada Sabtu lalu.


Siti Fatimatuzzahrah Bumidin, Pelajar Kolej Perubatan Hilang Selepas Keluar Rumah

Siti Fatimatuzzahrah Bumidin, 25, dari Ipoh, Perak dilihat oleh rakan-rakannya keluar daripada rumah mereka di Lorong 21, Taman Permai di sini kira-kira 1 tengah hari.

Dia bagaimanapun tidak menyatakan kepada rakan-rakan serumahnya ke mana dia hendak pergi, malahan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi.


Bapa saudaranya, Ishak Rahmad iaitu jurugambar akhbar Utusan Malaysia yang menghubungi Bernama di sini meminta agar orang ramai menghubungi pihak polis jika mereka ternampak kelibat Fatimatuzzahrah yang memakai tudung, berketinggian 140 sentimeter dan berat 45 kilogram.

"Dia sepatutnya menduduki peperiksaan profesional perubatan, tapi tidak hadir," katanya. - Kosmo/Bernama


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments