Terkini


Pengarah JKR Melaka Didakwa Terlibat Penggubahan Wang Haram

KUALA LUMPUR, 5 Muharram 1438H, Khamis – Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Khalid Omar sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan pengubahan wang haram bernilai lebih RM4.1 juta.


Pengarah JKR Melaka Didakwa Terlibat Penggubahan Wang Haram

Terdahulu pada 29 September, Khalid didakwa atas 16 pertuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan jumlah RM1.28 juta.

Bagaimanapun hari ini dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Pertuduhan pertama, dia didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjumlah RM1,984,797.08 di dalam akaun Amanah Saham Wawasan 2020 miliknya yang mana ia merupakan hasil aktiviti haram.

Bagi pertuduhan kedua, Khalid didakwa melakukan perbuatan serupa iaitu memiliki wang berjumlah RM2,135,634.13 di dalam akaun Amanah Saham Didik miliknya.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat yang saman antara September 2015 hingga Julai tahun ini.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Akta itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun atau boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments