Terkini

Pengerusi BERSIH Tuntut Jamal Mohon Maaf, Atau Hadapi Tindakan Saman

Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah menghantar surat tuntutan kepada Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos supaya memohon maaf kepadanya dalam tempoh 48 jam atau berdepan saman.


Pengerusi BERSIH Tuntut Jamal Mohon Maaf, Atau Tindakan Saman

Ini susulan kenyataan Jamal dalam satu sidang media hujung bulan lalu yang medakwa badan reformasi pilihan raya itu diserapi kumpulan militan IS dan merancang untuk mengepung lapangan terbang KLIA1, KLIA2 dan Putrajaya.

Peguam Maria Melissa Sasidaran berkata firma Daim & Gamany mengeluarkan surat itu dan ia difakskan ke pejabat Jamal hari ini.

“Ia adalah satu fakta yang diketahui bahawa anak guam kami adalah pengerusi jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dan penganjur BERSIH 5.

“Kenyataan-kenyataan di atas adalah benar-benar palsu, berniat jahat dan berunsur fitnah. Kenyataan fitnah dikira untuk memperlekehkan reputasi pelanggan kami dan cubaan terang-terangan untuk mengelirukan orang ramai mengenai perkara kepentingan negara,” kata peguam itu lapor Malaysiakini.


Berikutan itu, Melissa mahu Jamal menarik balik sepenuhnya kenyataan beliau dan meminta maaf kepada Maria.

“Dia juga perlu menyediakan satu aku janji bertulis untuk tidak menyiarkan lagi sebarang kenyataan fitnah,” katanya dalam surat dua halaman itu.

Jika Jamal tidak mematuhinya dalam masa 48 jam, ia akan menyebabkan tindakan undang-undang dimulakan, kata Melissa.

Jamal yang juga pemimpin kumpulan baju merah membuat dakwaan demikian pada sidang akhbar yang diadakan pada 28 September dan diikuti hari ini dengan laporan polis di Bukit Aman. -MK


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments