Terkini

Penyelamat Kucing, Anjing Terbiar Terima Banyak Tentangan

Alor Gajah: Biarpun menerima tentangan daripada penduduk sekitar, seorang wanita tetap meneruskan usaha menyelamat dan memberi perlindungan kepada kucing dan anjing terbiar yang ditemui di sekitar daerah itu.


Penyelamat Kucing, Anjing Terbiar Terima Banyak Tentangan

Minat sejak kecil selain simpati terhadap haiwan mendorong Norashikin Ahmad, 23, membuka pusat perlindungan berhampiran rumahnya yang dibina menggunakan sumbangan daripada orang ramai serta wang gajinya.

Menurut Norashikin, usahanya itu sering berdepan pelbagai cabaran terutama apabila membabitkan anjing yang agak asing sebagai haiwan peliharaan kepada orang Melayu.


Katanya, setakat ini, dia memberikan perlindungan kepada 100 kucing dan 30 anjing di pusat perlindungan yang turut berdepan pelbagai perbuatan khianat dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Norashikin Ahmad

“Banyak sangat tentangan saya terima di peringkat awal menjalankan usaha ini dan paling menyedihkan apabila ada anjing diseksa dengan dijerut leher hingga hampir mati ketika saya tiada di rumah. - myMetro


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments