Header Ads

  • Terkini

    Perbicaraan Pertuduhan Pukul Wanita, Representasi Lydiawati Ditolak

    Ampang Jaya – Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi menetapkan 23 Januari tahun depan untuk perbicaraan kes pelakon 90-an Lydiawati yang menghadapi pertuduhan mencederakan seorang peniaga wanita warga Brunei, Mac lalu.


    Perbicaraan Pertuduhan Pukul Wanita, Representasi Lydiawati Ditolak

    Majistret Haslinda A Raof menetapkan tarikh itu selepas representasi yang pernah dikemukakan oleh Lydiawati, 51, atau nama sebenarnya Salina Zaimon melalui peguamnya Fatimah Zahrah Ramli ditolak Jabatan Peguam Negara.

    Baca : Lydiawati Didakwa Cederakan Wanita Warga Brunei Guna Besi

    “Berikutan itu mahkamah menetapkan untuk kes ini diteruskan perbicaraan pada 23 dan 24 Januari tahun depan,” kata Haslinda.

    Baca : Lydiawati Muat Naik 2 Video Belasah 'Pengkid' Kerana Hilang Sabar


    Terdahulu, Fatimah Zahrah memberitahu mahkamah bahawa tarikh itu tidak sesuai berikutan anak guamnya ingin ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah.


    Bagaimanapun, Haslinda memberitahu, jika tarikh itu tidak dapat diteruskan, pelakon itu boleh berhubung dengan mahkamah sekiranya mahu mengubah tarikh yang telah ditetapkan. – Kosmo


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad