Polis Cari Lelaki Berjanggut, Bertongkat Dalam Insiden Terajang Biker BERSIH

Kuala Lumpur – Bukit Aman sedang mengesan seorang lelaki berjanggut dan bertongkat seperti dalam gambar yang tersebar di laman media sosial di mana seorang penyokong Bersih didakwa telah diserang.


Polis Cari Lelaki Berjanggut, Bertongkat Dalam Insiden Terajang Bikers BERSIH

Gambar tersebut yang menjadi viral menunjukkan seorang lelaki berbaju merah menunjuk ke arah mangsa yang dipercayai antara peserta konvoi Bersih.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis mahu menyoal siasat lelaki baju merah tersebut.

“Kami menyedari gambar itu tersebar di laman media sosial dan kami sedang menyiasat perkara ini,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Gambar itu turut menunjukkan lelaki berwajah sama menggunakan baju berwarna putih dengan logo Barisan Nasional (BN).


Namun tidak dapat dipastikan jika individu terbabit adalah orang yang sama.

Pada Sabtu lalu, sekumpulan penunjuk perasaan Baju Merah menerusi satu rakaman video yang menjadi viral, dilihat melontar telur kepada kedua-dua lelaki dengan salah seorang daripadanya ditendang dari arah belakang.

Polis akan memangil ketua gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunus untuk merekodkan keterangan beliau selepas beberapa penunjuk perasaan didakwa menyerang dua lelaki memakai kemeja-T Bersih di Sabak Bernam.

Baca: Video: Biker BERSIH 5 Dikepung & Diterajang Kumpulan Baju Merah

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis sedang berusaha untuk menghubungi Jamal, yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar bagi mendapatkan keterangannya.

“Ya, sudah tentu kita akan memanggil beliau untuk mendapatkan keterangan berhubung insiden tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau menambah, bagaimanapun setakat ini tiada penahanan baharu dibuat kecuali tiga individu yang ditahan sebelum ini kerana merusuh dan dibebaskan kemudian. – mStar


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments