Terkini


Polis Siasat Siti Kasim, Kes Tunjuk Isyarat Lucah Di Forum

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Gara-gara menunjukkan jari tengah di majlis forum isu mahkamah syariah awal bulan lalu, peguam yang lantang Siti Kasim disiasat polis Shah Alam malam ini.


Polis Siasat Siti Kasim, Kes Tunjuk Isyarat Lucah Di Forum

Menulis di Facebook hari ini, beliau berkata golongan pejuang Islam berang dengan isyarat lucah itu di forum Sinar Harian sehingga membuat aduan polis.

“Saya ada temu janji dengan ASP Rozam di ibu pejabat daerah Shah Alam jam 8 malam ini untuk memberikan keterangan,” kata Siti.

Pada 5 September lalu, bosan asyik diganggu ketika mengajukan soalannya, peguam itu menunjukkan isyarat tersebut kepada sebilangan peserta sewaktu ingin kembali ke tempat duduknya.


Forum “Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi” diadakan bagi mengulas kontroversi usul presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sesi Parlimen yang lepas.

Usul itu dibentangkan sebagai rang undang-undang (RUU) persendirian Mei lalu tetapi akan dibahaskan dalam sesi Dewan Rakyat akan datang.

Polis Siasat Siti Kasim, Kes Tunjuk Isyarat Lucah Di Forum

Ucapan Siti, yang mengetuai saman sivil bagi menyekat RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016, yang mengaitkannya dengan hudud diganggu ejekan dan bunyi bising.

Beliau menuntut penjelasan pemimpin kanan PAS Datuk Takiyuddin Hassan, seorang ahli panel forum, mengapa beliau (Siti) perlu hidup mengikut undang-undang yang ditafsir oleh parti itu.

Dalam coretannya di media sosial itu, Siti masih tegas mempertahankan tindakannya itu.

“Apakah saya kesal berbuat demikian?

“Dalam keadaan itu, saya tiada cara lain lagi untuk menyampaikan rasa meluat kepada mereka yang suka mengganggu saya.

“Ya, saya akan tunjukkan kepada sesiapa sahaja yang layak menerima tabik satu jari itu,” katanya lagi, dengan menunjukkan grafik jari tengah di bawah coretannya di Facebook.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments