PPIM Dakwa 90 Peratus Restoran Guna Minyak Kitar Semula

KOTA BHARU, 31 Okt — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa 90 peratus restoran menggunakan minyak masak kitar semula yang membahayakan kesihatan.


PPIM Dakwa 90 Peratus Restoran Guna Minyak Kitar Semula


Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani menggesa pihak berkuasa memantau peniaga di pasar malam sama ada menggunakan minyak masak terpakai, lapor portal Sinar Harian.

“Pelbagai bukti telah ditemui namun sehingga kini penjualan minyak kitar semula ini tetap berleluasa dan PPIM mendapati 90 peratus dari restoran di Malaysia menggunakan minyak kitar semula ini,” kata ketua aktivis PPIM Kelantan.

Katanya, minyak masak yang diproses semula juga diragui kerana mungkin sudah digunakan untuk menggoreng daging babi dari restoran tidak halal.


Minyak itu kemudian disimpan dan dijual kepada peniaga pasar malam dengan harga murah, dakwanya.

“Kami berharap pihak berkuasa mengambil berat perkara ini. Lakukan pemantauan supaya ia tidak terus berleluasa.

"Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit,” katanya.

Fared berkata, pengguna boleh mengenal pasti dengan memerap minyak yang dibeli di dalam peti sejuk selama dua jam perhatikan sama ada ia mengeluarkan buih.

Cara lain adalah dengan memasukkan seulas bawang putih ketika menggoreng sayur, dan jika bawang putih jadi merah itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

1 comment

Adam said...

ADuh.... 90% minyak kitar semula?
Teruknya.

http://biarlembuyanglembu.blogspot.my