Rasuah Di Sabah: 60 Sen Daripada RM1 Peruntukan Kerajaan Disonglap

KOTA KINABALU, – Sangat mengejutkan apabila 60 sen bagi setiap RM1 yang diperuntukkan kerajaan Pusat bagi projek air telah dimasukkan ke poket individu yang tidak bertanggungjawab.


Rasuah Di Sabah: 60 Sen Daripada RM1 Peruntukan Disonglap

Menerusi sumber Pegawai kanan kerajaan negeri itu, hanya 40 peratus daripada dana menyalurkan kemudahan air di Sabah diterima, manakala selebihnya disalahguna.

Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Pengarah Jabatan Air Sabah, Ag Tahir Ag Talib, 54 dan timbalannya, Teo Chee Kong, 52 melibatkan rampasan mencecah RM115 juta termasuk wang tunai RM52 juta yang ditemui di kediaman dan pejabat.


Dua lagi melibatkan abang Chee Kong yang berusia 55 tahun dan bergelar Datuk serta akauntan turut ditahanbaru-baru ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan sebanyak 38 syarikat milik keluarga dan rakan kedua-dua suspek terlibat.

Rasuah Di Sabah: 60 Sen Daripada RM1 Peruntukan Disonglap

Difahamkan, 17 syarikat mempunyai kaitan langsung dengan pengarah jabatan itu, manakala 21 lagi timbalannya.

Modus operadi yang dilakukan adalah dengan memecahkan projek kepada pakej kecil sehingga RM100,000 bagi mengelak proses tender.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments