Header Ads

  • Terkini

    Samsung Minta Pengguna Padam, Jangan Guna Galaxy Note 7

    SEOUL - Syarikat elektronik terkemuka Korea Selatan, Samsung meminta semua pengguna produk Galaxy Note 7 untuk memadamkan telefon pintar itu dan menghentikan penjualan gajet tersebut serta-merta.


    Samsung Minta Pengguna Padam, Jangan Guna Galaxy Note 7
    Samsung meminta semua pengguna produk Galaxy Note 7 untuk memadamkan telefon pintar itu dan menghentikan penjualan gajet tersebut serta-merta berikutan kes gajet tersebut terbakar.

    Samsung menerusi kenyataannya pada Selasa berkata, langkah itu bagi memberi ruang kepada pihaknya untuk menjalankan siasatan terhadap kes gajet tersebut terbakar.

    Baca: Video: Restoran Burger King Kecoh, Samsung Galaxy Note 7 Terbakar

    Selain itu, Samsung meminta semua syarikat telekomunikasi di seluruh dunia untuk menghentikan penjualan Galaxy Note 7 dan tidak melakukan pertukaran peranti memandangan masalah yang sama masih berulang.


    "Pengguna yang memiliki Galaxy Note 7 yang asal atau yang telah diganti perlu memadamkan peralatan tersebut dan tidak menggunakannya lagi," jelas Samsung.

    Galaxy Note 7

    Keputusan syarikat tersebut menarik semula penjualan Galaxy Note 7 buat kali kedua dalam tempoh kurang dua bulan bukan sahaja menimbulkan keraguan terhadap kualiti produk Samsung tetapi memberi kesan terhadap kewangan dan reputasi firma berkenaan.

    Sumber: mStar


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad