“Saya & Aiman Sudah Berbaik Kerana Tuntutan Agama” – Fathia Latiff

Selepas hampir setahun berpisah, pelakon Nur Fathia mengesahkan hubungannya dengan aktor Aiman Hakim Ridza, 27, kembali pulih.


“Saya & Aiman Sudah Berbaik Kerana Tuntutan Agama” – Fathia Latiff

Fathia, 29, bagaimanapun berkata, pengakuannya itu bukan bererti mereka kembali sebagai pasangan kekasih sebaliknya memenuhi tuntutan agama Islam yang melarang hubungan silaturahim sesama manusia itu diputuskan.

“Saya dan Aiman kembali berhubung namun sebagai seorang sahabat kerana pada saya tiada kesudahanya kami saling bermasam muka sedang Islam menuntut umatnya menjaga hubungan silaturahim dan bukan terus memanjangkan sengketa.

“Soal kami pernah berjumpa atau tidak dan siapa memulakan komunikasi rasanya tidak perlu saya kongsikan tetapi hubungan kami sekarang dalam keadaan baik,” katanya kepada mStar Online.

Fathia ditemui pada program Kempen Kesedaran Meraikan 100 Pesakit Kanser Payudara anjuran Avon Cosmetics (Malaysia) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, pada Sabtu.

Selain HKL, kempen ini turut mendapat sokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Breast Cancer Welfare Association (BCWA) dan National Cancer Society of Malaysia (NCSM).


Dalam pada itu, kata duta korporat dan jenama Avon ini, sejak berpisah dengan Aiman Disember tahun lalu dia mula memperlahankan karier seninya bagi memberi ruang kepadanya mengenali diri ke arah positif.

Kata Fathia, kehidupannya hari ini semakin bahagia walaupun tidak mempunyai teman lelaki selain sibuk dengan perniagaannya, Dara by Fathia Latiff.

“Fokus saya sekarang bukan cinta tambahan pula saya dikelilingi oleh orang yang membahagiakan termasuk keluarga.

“Sebelum ini saya jarang dapat bersama mereka kerana sibuk dan sekarang Alhamdulillah lebih banyak waktu berkualiti dengan famili,” katanya.

Sementara itu, Fathia meluahkan rasa syukur kerana dapat turut serta menerusi Kempen Kesedaran Kanser Payudara bersama Avon dan HKL yang dianggap memberi informasi berguna.

“Jujur saya katakan sebelum ini saya tidak pernah ambil endah tentang penyakit yang menjadi pembunuh nombor satu wanita ini sehinggalah mendengar penjelasan doktor dan perkongsian bekas-bekas pesakit kanser payudara.

“Melihat semangat juang dan sikap positif pesakit-pesakit ini meneruskan kehidupan memberi inspirasi kepada saya kerana belum tentu saya boleh jadi sekuat mereka,” katanya.

Tambahnya, dia akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pemeriksaan sendiri di rumah selain berkongsi maklumat kepada peminat mengenai pentingnya pencegahan awal kanser payudara melalui media sosial miliknya.

Sumber: Mstar


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments