Terkini

“Saya Tiada Facebook, Jadi Jangan Terpedaya,” — Fasha Sandha

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Terkejut dengan laman-laman palsu dikaitkan dengannya di Facebook, Fasha Sanda memberi amaran agar mereka berhenti menyamar sebagai dirinya.


Terkejut Akaun Palsu, Fasha Minta Peminat ‘Jangan Menyamar’

“Kalau hendak tahu, saya tidak pernah mempunyai akaun kelab peminat di Facebook apatah lagi yang menggunakan nama saya,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Pelakon popular itu menjelaskan beliau hanya berkomunikasi dengan peminat menerusi laman-laman sosial Twitter dan Instagram.


Fasha, atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 32, menyeru pemilik akaun Facebook bertanggungjawab agar menghentikannya bagi mengelakkan salah faham peminat.

Fasha Sanda

“Saya bersuara kerana tidak mahu peminat keliru dan percaya (akaun palsu) itu adalah saya.

“Bukan apa, saya khuatir sekiranya ada pihak menggunakan akaun itu bagi tujuan dan kepentingan peribadi.

Nur Fasha Sandha Hassan

“Lebih teruk jika perkara itu membuatkan peminat terpedaya dengan apa yang dimuat naik,” katanya kepada akhbar itu.

Semalam, Fasha mengingatkan mereka yang mewujudkan akaun palsu berkaitan dirinya agar “tolong hentikan apa yang kamu lakukan” kerana ia “perbuatan salah”.

“Saya tiada Facebook, jadi jangan terpedaya,” tambahnya, mengumumkan isu itu di Instagram.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments