Terkini

Seramai 50 Pelajar Histeria Selepas Pokok Besar Di Sekolah Ditebang

Bandar Baru Bangi 15 Okt — Lebih 50 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi diserang histeria secara tiba-tiba semalam mencetuskan suasana panik kepada guru dan pelajar.


Seramai 50 Pelajar Histeria Selepas Pokok Besar Di Sekolah Ditebang

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut berkata, histeria menyerang sekumpulan pelajar tingkatan empat kemudian berjangkit kepada pelajar tingkatan tiga dan lima.

“Pengetua dan guru-guru bertindak proaktif dengan mengumpulkan semua pelajar ke dalam dewan untuk mengelakkan pelajar yang terkena histeria melakukan perbuatan yang membahayakan diri dan pelajar lain.


“Semua pelajar dan guru kemudian membaca surah Yasin untuk meredakan keadaan," kata Nor Hisham Abdullah Sani seperti dilaporkan Kosmo!.

“Setiap kali serangan, seramai sembilan hingga 10 pelajar akan meraung secara serentak. Namun semuanya kembali terkawal menjelang jam 1 petang.”

Akhbar itu mendakwa kejadian 9 pagi tersebut berlaku selepas Majlis Perbandaran Kajang menebang tiga batang pokok besar berhampiran sekolah berkenaan.

Pokok tersebut ditebang bagi memberi laluan kepada pembinaan laluan pejalan kaki dan pintu gerbang kedua sekolah terbabit, menurut laporan itu lagi.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments