Terkini

Taufan Matthew: Korban Meningkat 800, Puluhan Ribu Hilang Rumah

CHANTAL, Haiti – Angka korban taufan Matthew yang membadai Haiti awal minggu ini melonjak naik kepada 842 orang, manakala puluhan ribu lagi dilaporkan hilang tempat tinggal.


Taufan Matthew: Korban Meningkat 800, Puluhan Ribu Hilang Rumah

Difahamkan taufan yang membawa angin selaju 230 kilometer sejam itu telah membadai kawasan semenanjung Tiburon, kini dikategorikan sebagai ribut Kategori Tiga menuju ke kawasan pesisiran pantai Florida di AS.

Kira-kira 61,500 penduduk ditempatkan di pusat perlindungan selepas beberapa perkampungan di pesisiran pantai musnah.

Lebih daripada 2,800 penerbangan pada Khamis dan Jumaat terpaksa dibatalkan memaksa lapangan terbang Fort Lauderdale ditutup sementara.


Kini, taufan itu dilaporkan menuju ke pantai Atlantik Amerika Syarikat dan menyebabkan pemindahan besar-besaran sepanjang pantai Florida menerusi Georgia hingga ke Carolina Selatan dan Carolina Utara.

Taufan Matthew, Haiti

Taufan Matthew, Haiti

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, kira-kira 350,000 penduduk di Haiti memerlukan bantuan segera.

Pertubuhan kecemasan dunia, Palang Merah telah melancarkan kempen mengumpul dana sebanyak AS$6.9 juta (RM28.5 juta) bagi menyediakan bantuan perubatan, pusat perlindungan, bekalan air bersih kepada 50,000 penduduk. -Agensi


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments