Terkini

“Tidak Perlu Sedih Bergelar Janda, Paling Penting...” – Fasha Sandha

Bila ada sahaja wanita yang memegang status ibu tunggal, pasti pandangan masyarakat terhadap mereka agak berbeza. Perkara pertama yang bermain di fikiran masyarakat ialah betapa susahnya hidup untuk menjaga anak-anak tanpa kehadiran suami di sisi dan pasti hidup seorang ibu tunggal selalu bersedih.


Fasha Sandha

Namun, buat pelakon Fasha Sandha, beliau tidak mahu masyarakat terus berfikiran sebegitu. Fasha yang merupakan seorang ibu tunggal juga memberitahu beliau perpisahan bukan bermakna beliau harus berendam dengan air mata sahaja.

Menurut Fasha, apa yang penting ialah seseorang itu harus mempunyai pegangan agama yang kuat dan emosi yang stabil.

Saya sedar ramai yang memberikan gambaran yang kurang tepat mengenai wanita seperti saya. Apabila berpisah bukan bermakna saya perlu berendam air mata atau bersedih dengan perkara tersebut sebaliknya menguatkan lagi diri untuk menjadi yang terbaik.

Bagi saya yang paling penting pastinya pegangan agama yang kuat dan emosi yang stabil. Kalau kedua-dua perkara itu seiring, insya-Allah tidak akan menjejaskan kita. Selebihnya kita perlu melalui hari-hari mendatang dan terus membesarkan anak-anak seperti biasa.


Fasha akui, kekuatan utama beliau adalah anak-anak serta keluarga beliau yang sering memberikan sokongan moral dan menemani beliau.

Fasha Sandha

Dalam keadaan ini, saya beruntung kerana mereka sentiasa ada dengan saya. Ahli keluarga yang lain juga sentiasa menemani dan saya sendiri tidak pernah memisahkan kasih sayang dengan bapa mereka.

Sebab itu saya tidak berhadapan dengan masalah yang besar apabila bergelar ibu tunggal. Yang paling penting jaga emosi dan jangan sesekali mengalah dengan keadaan.

Berbicara mengenai teman lelaki pula, Fasha memberitahu ada ramai lelaki yang cuba untuk mendekati dirinya, tetapi beliau kini mahu fokus kepada kerjayanya dahulu.

Sumber Berita : Utusan Online


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments