Treler Bawa Mutan Tong Gas Amonia Terbalik Di Lebuh Raya NKVE

Petaling Jaya – Sebuah treler yang membawa muatan tong berisi gas amonia terbalik dalam satu kejadian di Kilometer 19.7 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Jalan Duta di sini petang tadi.


Treler Bawa Mutan Tong Gas Amonia Terbalik Di Lebuh Raya NKVE

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.48 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dengan kekuatan lapan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Setibanya di tempat kejadian, terdapat sebuah treler yang membawa muatan tong berisi gas amonia telah melintang di tengah jalan sehingga menyebabkan kesesakan teruk di lebuh raya.


“Kejadian dipercayai berpunca apabila treler terbabit melanggar belakang sebuah kereta sebelum terbalik,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Treler Bawa Mutan Tong Gas Amonia Terbalik Di Lebuh Raya NKVE

Menurutnya, pemandu dan kelindan treler yang berusia lingkungan 30-an hanya mengalami cedera ringan.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments