Terkini

Trump Diselar Kerana Mahu Penjara Hillary Clinton Jika Menang

ST LOUIS: Donald Trump diselar dan disifatkan sebagai bakal diktator selepas dia mengancam memenjarakan pencabarnya, Hillary Clinton, sekiranya dia memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada 8 November depan.


Trump Diselar Kerana Mahu Penjara Hillary Clinton Jika Menang

“Sekiranya menang, saya akan mengarahkan peguam negara mendapatkan pendakwa raya khas untuk menyiasat situasi anda kerana terlalu banyak penipuan,” kata Trump kepada calon Demokratik itu pada pusingan kedua debat antara mereka pagi tadi (waktu Malaysia).

Dia merujuk kepada penggunaan server e-mel peribadi oleh Hillary yang sudah disiasat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Apabila Hillary berkata adalah baik jika seseorang yang bersikap seperti Trump tidak menjadi presiden, calon Republikan itu membalas: “Kerana kamu akan dipenjarakan.”

Bekas Peguam Negara, Eric Holder mengetuai kecaman terhadap Trump dengan menyifatkan dia ‘berbahaya dan tidak layak’ menjadi presiden.


Katanya, peguam kanan Presiden Richard Nixon meletak jawatan apabila diarah menyiasat seorang penentang politiknya.

Presiden Amerika tidak mengarahkan siasatan guaman dilakukan ke atas individu.

Trump Diselar Kerana Mahu Penjara Hillary Clinton Jika Menang

Bekas duta Amerika Syarikat ke Russia, Michael McFaul menulis di Twitter: “Kenyataan Trump mengingatkan pemerintahan autokratik. Saya malu kerana ia akan berlaku di Amerika.”

Pemenang Hadiah Nobel yang juga ahli ekonomi, Paul Krugman berkata: “Biar jelas. Seorang calon berjanji untuk memenjarakan penentangnya jika dia menang?”

Sementara itu bekas jurucakap Rumah Putih, Ari Fleischer berkata: “Belum pernah berlaku calon yang menang mengancam penentangnya dipenjarakan. Presiden sebelum ini tidak pernah mengancam untuk mendakwa individu.” - AFP


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments