Terkini

Video: Restoran Burger King Kecoh, Samsung Galaxy Note 7 Terbakar

SYARIKAT gergasi dari Korea Selatan, Samsung semalam secara rasmi mengumumkan menghentikan pengeluaran dan jualan telefon pintar Galaxy Note 7 selepas beberapa laporan dan insiden membabitkan peranti mudah alih itu meletup dan terbakar.


Video: Restoran Burger King Kecoh, Samsung Galaxy Note 7 Terbakar
Seorang kakitangan wanita restoran Burger King bergegas menenangkan keadaan dan sedaya upaya cuba memadamkan telefon pintar Galaxy Note 7 yang terbakar.

Namun, dua hari sebelum pengumuman tersebut di buat, sebuah cawangan makanan segera, Burger King di Incheon, Korea Selatan nampaknya terlebih dahulu bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan.

Ini kerana, sebuah video yang tersebar di laman Youtube pada 8 Oktober lalu menunjukkan suasana dalam restoran tersebut tiba-tiba bertukar kecoh berikutan sebuah telefon pintar Galaxy Note 7 terbakar di atas meja restoran Burger King.

Video tersebut yang kini ditonton lebih 2 juta pengguna media sosial memaparkan seorang kakitangan wanita restoran berkenaan bergegas menenangkan keadaan apabila sedaya upaya cuba memadamkan telefon pintar Galaxy Note 7 yang terbakar.


Kakitangan terbabit yang memakai sarung tangan tahan panas kelihatan terkial-kial memadamkan kebakaran, sebelum telefon pintar tersebut terjatuh ke lantai dan berasap.

Menerusi rakaman tersebut, insiden tersebut jelas menyebabkan pelanggan cemas, sebelum pekerja wanita itu mengangkat telefon pintar itu dan membawa ia auh dari pandangan pelanggan.

Peranti berkenaan kelihatan hangus terbakar pada bahagian depan.

Menurut AFP, jurucakap Samsung mengesahkan bahawa peranti di dalam rakaman tersebut adalah Galaxy Note 7. Bagaimanapun, pihaknya enggan mengulas lanjut.

Sementara, pengurus cawangan makanan segera itu memberitahu portal berita Wikitree bahawa pihaknya telah meminta pampasan dari Samsung bagi kerosakan meja di cawagan tersebut.


Media sebelum ini melaporkan letupan pertama membabitkan telefon pintar Galaxy Note 7 berlaku di Korea Selatan pada 24 Ogos. Sejak dari itu, di Amerika Syarikat sahaja terdapat lebih daripada 100 laporan letupan melibatkan bateri. - MD/Agensi


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments