Terkini

Wakil WBG Malaysia Bersama 10 Lagi Dibebas Regim Israel

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan “Women's Boat to Gaza” (WBG) Dr Fauziah Hasan bersama 10 anggota misi itu yang ditahan Israel Rabu lepas, telah dibebaskan.


Wakil WBG Malaysia Bersama 10 Lagi Dibebas Regim Israel

Jurucakap Humanitarian Care Malaysia (MyCare) ketika dihubungi Bernama berkata kesemua mereka sedang diuruskan penerbangan pulang ke negara masing-masing dalam masa terdekat.

Beliau berkata menurut sumber Freedom Flotilla Coalition, yang mengasaskan kempen WBG itu, kesemua anggota misi yang menaiki kapal Zaytouna-Oliva berkenaan telah dipindahkan dari penjara Givon di Ramla (bandar di tengah Israel) ke pusat tahanan sementara di lapangan terbang Ben-Gurion, Israel.


Sementara itu, dua anggota misi yang dibebaskan semalam iaitu wartawan Al-Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia telah selamat tiba ke negara masing-masing.


Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod. — Bernama


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments