Anggap Ameng Kurang Waras, A.Aida Bantah Anak Menyanyi

Niat penyanyi Ameng yang mahukan dua anak perempuan mereka menjadi penyanyi dibantah keras oleh bekas isterinya, penerbit drama Datuk A Aida.


Anggap Ameng Kurang Waras, A.Aida Bantah Anak Menyanyi

Memetik laporan Harian Metro, A Aida berkata, beliau terkejut apabila anak sulungnya memberitahu bapa mereka tidak mahu mereka melanjutkan pelajaran sebaliknya menggalakan mereka menceburi dunia nyanyian.

A. Aida menyifatkan sikap Ameng sebagai kurang waras. Sebagai ibu, beliau mahu anak-anaknya berjaya dalam bidang pendidikan terlebih dahulu.

"Saya terkejut apabila anak sulung memberitahu bapa mereka tak mahu dia melanjutkan pelajaran kerana dengan menyanyi saja boleh menjadi kaya. Bagi saya itu satu sikap yang kurang waras.

"Sepatutnya sebagai bapa dia perlu memberi dorongan dan kata-kata semangat, bukannya melemahkan semangatnya. Tambahan pula anak saya kini sedang menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)," katanya.

Datuk A Aida

Tambah A.Aida lagi, meskipun menyedari anak-anaknya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian tetapi beliau tetap menghalang.

"Mereka (anak-anak) pun tak mahu sebenarnya. Mereka lebih suka jika tidak berada dalam bidang ini. Biarlah saya seorang saja yang terbabit dalam bidang hiburan," katanya.


Terdahulu, Ameng merancang menghasilkan album khas yang turut menampilkan tiga anaknya iaitu Wan Az Aleesa, 20, Wan Azevanatassha, 15, dan Wan Amar Haikal, 9.

Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha ialah anak hasil perkongsian hidup Ameng dengan A Aida dalam perkahwinan pertamanya.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments