Azwan Ali Mengamuk Komen Tegur Neelofa Dipadam

Lama juga Diva AA iaitu Azwan Ali menyepi daripada dunia hiburan bukan? Jarang juga kita dengar sebarang kontroversi sejak beliau mula sibuk dengan perniagaan redang Diva AA. Terbaru Diva AA telah mencuri perhatian ramai apabila beliau meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengacara dan pelakon popular Neelofa.


Azwan Ali Mengamuk Komen Tegur Neelofa Dipadam

Ini kerana Azwan ada menegur gaya dan cara sikap Neelofa yang dirasakan kurang sesuai sebagai seorang wanita yang sudah bergelar Hajah apatah lagi ketika bersentuhan dengan Fattah Amin.


Malangnya komen Azwan telah dipadam berulang kali daripada Instagram Neelofa dan ia menimbulkan kemarahan Azwan.


Pendapat Azwan itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang bersetuju bahawa Neelofa kelihatan agak keterlaluan manjanya bersama Fattah. Untuk pengetahuan semua, komen yang menyokong Azwan juga akan dipadam daripada Instagram Neelofa.


Sehingga kini tiada lagi respon yang diberikan oleh pihak Neelofa berhubung isu ini. Mungkin juga Neelofa enggan mengambil peduli akan perkara berkenaan meskipun ia agak hangat diperkatakan di Instagram Azwan.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments