Badan Hancur, Kepala Putus Digilis Kereta Api (4 Gambar)

MERAPOH - Seorang lelaki maut akibat dilanggar dan digilis kereta api di kilometer 260 berhampiran Kampung Paya Keladi, Chegar Perah, hari ini. Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa dianggarkan berusia 30 - 40 tahun itu ditemui dalam keadaan kepalanya terputus dan badannya hancur digilis kereta api.



Ketua Polis Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu (KTM), Zulhelmi Mohamad, 50, yang dalam perjalanan ke dari Kuala Lipis ke Kelantan memaklumkan kepada Bilik Gerakan KTMB bahawa dia terlanggar seseorang dan sepasukan kakitangan KTMB bergegas ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.


"Sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa dalam keadaan yang mengerikan. Bagaimanapun identitinya masih belum diketahui.

Badan Hancur, Kepala Putus Digilis Kereta Api

"Pihak polis terpaksa mengambil sedikit masa bagi mengutip cebisan mayat sebelum dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat," katanya.

Badan Hancur, Kepala Putus Digilis Kereta Api

Badan Hancur, Kepala Putus Digilis Kereta Api

Justeru, orang ramai yang ada kehilangan keluarga diminta tampil bagi membantu proses pengecaman mayat.

Sumber: Sinar Harian & Harian Metro

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments