Bukan Sengaja Elak Cukai, Che Ta Minta Tempoh Bayar Tunggakan

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Pelakon Rozita Che Wan nafi dakwaan beliau lari daripada tanggungjawab membayar cukai sebaliknya meminta sedikit masa melunaskan jumlah tertunggak.

Bukan Sengaja Elak Cukai, Che Ta Minta Tempoh Bayar

Rozita, 43, atau lebih dikenali Che Ta berkata beliau sama seperti orang lain membayar cukai semasa, tetapi masih ada baki tunggakan terdahulu.

“Saya tidak pernah mengelak untuk membayar cukai yang dikenakan, tetapi minta sedikit masa untuk menjelaskan tunggakan yang ada,” katanya seperti dilapor Harian Metro semalam.

“Bukan saya tidak bayar langsung atau sengaja melupakan tanggungjawab berkenaan, cuma tidak menjelaskan jumlah yang sepatutnya diminta."


Usahawan itu terpaksa melupakan niatnya menyambut hari jadi anak bongsu di London dan berharap perlantikan ejen memudahkan urusannya.

“Saya menyerahkan 100 peratus urusan pembayaran cukai kepada ejen yang dilantik kerana sibuk dengan kerja.

“Mungkin dengan bantuan mereka, urusan akan lebih menjadi mudah dan setakat ini saya sudah menggunakan tiga khidmat ejen percukaian,” katanya.

Portal Berita Harian kelmarin melaporkan disebabkan sekatan itu, majlis meraikan Aaisyah Dhia Rana Mohamad Zain, 2, diadakan di sebuah hotel di sini dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Isteri pelakon Zain Saidin itu memiliki syarikat produksi Padusi Pictures, label fesyen, minyak wangi dan produk penjagaan wanita.

Gemar menayang gambar percutian keluarga di luar negara, Che Ta baru-baru ini meraikan hari jadi anak sulung Ammar Effendy di Santorini, Greece.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments