Che Ta Tayang Rumah Mewah Baru Beli Di Instagram?

Jika sebelum ini Che Ta pernah dihalang keluar negara kerana tidak menjelaskan bayaran cukai, baru baru ini melalui muatnaik gambar di Instagram, pelakon dan usahawan wanita ini berkongsikan gambar sebuah banglo mewah.


Che Ta Tayang Rumah Mewah Baru Beli Di Instagram?

“Di mana kita bermula itu tidak penting, tetapi apa yang kita buat disepanjang perjalanan dan dimana penghujungnya itu adalah sangat penting,” tulisnya di caption Instagram.

Mungkin ayat tersebut bunyinya macam copy paste dari internet, namun ia juga mungkin membawa seribu satu makna buat Che Ta.


Sementara itu di bahagian komen pula, selain penuh dengan iklan promosi Instagram masing masing, ada juga peminat Che Ta yang memuji dengan keupayaan selebriti ini memiliki rumah berkenaan yang terletak di Kota Damansara.


Apa pun, rata rata dilihat perkongsian Che Ta di Instagram turut memberi inspirasi kepada peminatnya namun tidak dinafikan wujud juga segelintir individu yang mempertikaikan kemewahannya dan disifatkan ingin menunjuk. -rtkaya


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments