Dakwaan Isteri Hamil, Ini Respon Saharul Ridzwan MENGEJUTKAN!

Sebelum ini ada ura-ura mengatakan bahawa isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan kini hamil anak pertama namun Saharul enggan mengulas lebih lanjut berkenaan isu tersebut.


Dakwaan Isteri Hamil, Ini Respon Saharul Ridzwan MENGEJUTKAN!

Malah, Saharul mengatakan beliau belum bersedia mendedahkan teka teki yang mengatakan isterinya, Qaabila Deena Emir kini hamil yang berusia sebulan.


Saharul menjelaskan bahawa dia akan berkongsi berita gembira itu apabila tima masanya kelak dan berharap peminat terus mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Apa yang boleh saya katakan, saya belum bersedia untuk kongsikan perkara ini dan akan mendedahkannya apabila tiba waktu yang sesuai.

"Sehingga hari ini isteri tidak menunjukkan apa-apa tanda atau alahan tertentu dan kami bahagia menjalani kehidupan berumahtangga,” katanya kepada mStar Online.

Dakwaan Isteri Hamil, Ini Respon Saharul Ridzwan MENGEJUTKAN!

Ditanya adakah kenyataannya itu sengaja dibuat untuk membiarkan peminat terus berteka-teki, dia hanya tersenyum tanpa mengulas lanjut.

Terdahulu Saharul dan Qaabila atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir bernikah pada 16 September lalu. Apapun, jika benar berita tersebut, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments