Derita Etnik Rohingya Dianiaya, Dizalimi.. Pendedahan Dari Mangsa

Selain dianiaya dan dizalimi, etnik Rohingya memaklumkan nasib mereka lebih malang apabila ada diantara mereka pernah dipaksa menukar agama atau keluar daripada Islam.


Derita Etnik Rohingya Dianiaya, Dizalimi.. Pendedahan Dari Mangsa

Sebagai balasannya, mereka terkecuali daripada tindakan kejam tentera Myanmar.

Itu antara kisah derita Rohingya yang tidak berkesudahan seumpama tiada siapa peduli.

Kisah ini diperoleh dari temubual Astro Awani.

Anatar mangsanya ialah Sirazulislam yang kini masih trauma mengingati kekejaman tentera Myanmar.

Kisah Sirazulislam

Lelaki ini menceritakan dia pernah diacu senjata oleh sepasukan tentera Myanmar.

Seluruh keluarganya dipaksa pasukan tentera menukar agama jika mahu kehidupan yang lebih selamat.


Konflik sedemikian menyebabkannya nekad melarikan diri ke Malaysia.

Ini komennya:

“Kena tukar agama. Kami tidak tukar meskipun mereka berlaku kejam kepada kami, dirogol, dibakar, Al-Quran pun ada yang dibakar dan masjid juga dibakar.
“Masalah timbul kerana mereka tidak mahu tengok kami, mahu kami tukar agama. Islam tidak disuka, kami yang Islam. Dalam Islam mana ada tukar (agama), kami tidak mahu tukar. Kami mahu kekal Islam, mati pun sebagai Islam. Tidak mahu mati sebagai kafir,”

Kisah Mohd Zubir

Seorang lagi saksi bernama Mohd Zubir Zumil Hussain.

Dia menceritakan bagaimana masyarakat Rohingya di Myanmar dipaksa melihat tentera memijak dan membakar Al-Quran.

Warga Rohingya yang gagal mengikut kemahuan tentera katanya akan menerima padah, dipukul dan diseksa sehingga mati.

Ini komennya:

“Mereka orang kerajaan tidak suka orang Islam. Memang kita warga Rohingya mereka langsung tidak suka, mereka rogol, mereka bunuh, mereka tembak terus, bakar rumah kerana kita orang Islam itu.
“Kalau kita sudah bukan Islam, kita tukar agama mereka kita selamat, tetapi kita yang tidak mahu macam itu, kita Islam, kita mahu mati Islam,”

Keadaan di beberapa kampung di Rakhine makin meruncing sejak beberapa minggu lalu dengan aktivis mendedahkan pembunuhan dan kekejaman oleh tentera Myanmar ke atas warga etnik Rohingya berlaku hampir setiap hari.

Kekejaman yang berlaku mengakibatkan warga Rohingya terpaksa bersembunyi di dalam hutan atau melarikan diri, termasuk ke negara jiran seperti Malaysia dan Thailand. -


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments