Gadis Cantik Penjual Sayur Tiba-Tiba Menjadi Viral Di Media Sosial

NEPAL: Selepas jejaka Pakistan pembuat teh bermata biru menawan media sosial, kini seorang remaja cantik penjual sayur pula menjadi sensasi di Internet selepas gambarnya viral di Facebook.


Gadis Cantik Penjual Sayur Tiba-Tiba Menjadi Viral Di Media Sosial

BBC melaporkan gambar Kusum Shrestha, 18, dirakamkan jurugambar RupChandra Maharjan ketika remaja itu sedang mengangkut tomato di atas jambatan untuk ke pasar tempatan.

Ketika memuat naik gambar itu di media sosial, dia menggunakan hashtag #Tarkariwali dan #Sabjiwali yang bermaksud “penjual sayur” – dan dengan pantas ia menjadi trending dengan ramai memuji kecantikannya.

Pada Oktober lalu, nasib seorang penjual teh atau “chai wala” di Pakistan, Arshad Khan, 18, berubah 360 darjah selepas gambarnya yang dimuat naik ke Internet menjadi sensasi kerana wajahnya yang tampan dengan mata biru menawan.

Gambarnya dirakamkan ketika dia sedang menuang teh di Bazaar Ahad di Islamabad oleh seorang jurugambar wanita, Javeria Ali, lapor BBC.

Dalam satu gambar remaja itu kelihatan tersenyum ketika mengangkut tomato manakala sekeping gambar yang lain merakamkan dia sedang bercakap di telefon bimbit ketika menjual sayuran.

Kusum tinggal di Bagling, Gorkha kira-kira 90km di barat Kathmandu dan berasal daripada keluarga petani.

Bercakap kepada BBC Nepal, Kusum berkata dia masih belajar di Chitwan dan sedang membantu ibu bapanya pada cuti semester, ketika gambar itu diambil.


Katanya, dia tidak tahu gambar itu dimuat naik dan menjadi viral sebelum dimaklumkan oleh seorang rakannya.

Photographer RupChandra Maharjan told Nepalese blog Gundruk Post that he photographed Ms Shrestha at the Fishling suspension bridge between Gorkha and Chitwan. He reportedly works for a rafting company on the local Trishuli River.

“Pada hari itu saya membantu ibu bapa menjual sayur. Ketika dalam perjalanan jurugambar itu mengambil gambar saya, tetapi pada masa itu, saya tidak tahu gambar saya diambil,” katanya.

RupChandra dipetik sebagai berkata kepada blog Gundruk Post yang dia mengambil gambar Kusum di jambatan antara Gorkha dan Chitwan.

Kebanyakan pengguna Twitter dan Facebook mengagumi etika kerja remaja itu, dengan salah seorang berkata gadis itu gabungan “comel dan kerja keras”.

Ada pula netizen mencadangkan pembuat teh tampan – Arshad Khan dan Kusum menjadi pasangan.

Kusum memberitahu BBC dia seronok dengan kemasyhuran segera itu dan ketika ditanya sama ada akan menjadi model seperti Arshad jika mendapat tawaran, dia menjawab ya.

Bapanya, Narayan Shrestha berkata anaknya seorang yang pemalu dan tidak banyak cakap sehingga menyebabkan dia tidak sangka Kusum boleh jadi popular di media sosial.

Katanya, Kusum sedang belajar kursus pengurusan tetapi cita-citanya ialah hendak menjadi jururawat.

“Dia satu-satunya anak saya, saya perlu beri dia pendidikan yang terbaik. Tetapi saya ada kekangan kewangan dan tidak dapat memberi menghantarnya ke kolej jururawat,” katanya kepada laman web myrepublica.com.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments