Header Ads

  • Terkini

    Jururawat Halang Pesakit Terjun Dari Tingkat 6 Hospital

    Sungai Petani – Tindakan pantas jururawat bertugas menggagalkan hasrat bunuh diri seorang lelaki warga Myanmar dengan cuba terjun dari tingkat enam bangunan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, petang semalam.


    Jururawat Halang Pesakit Terjun Dari Tingkat 6 Hospital

    Dalam kejadian jam 4.40 petang, lelaki terbabit memanjat tingkap Wad Kenanga untuk terjun, namun disedari jururawat bertugas yang kemudian menjerit memanggil bantuan, sebelum beberapa jururawat bergegas membantu.

    Wartawan BH yang kebetulan berada di HSAH sempat merakamkan detik cemas itu termasuk usaha beberapa jururawat menarik lelaki terbabit yang ketika itu sebahagian besar tubuhnya kelihatan bergayut di luar tingkap.


    Aksi itu berlalu hanya beberapa saat dengan lelaki yang ketika itu memakai seragam pesakit, ditarik masuk sebelum pengawal bertugas menjaga tingkap terbabit bagi memastikan keselamatan.

    Jururawat Halang Pesakit Terjun Dari Tingkat 6 Hospital

    Jurucakap HSAH berkata, pihaknya memandang serius kejadian terbabit dan akan memastikan kejadian sama tidak berulang. – BH Online


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad