Kebakaran Belukar, Berpuluh Ribu Penduduk Israel Berpindah

HAIFA: Berpuluh-puluh ribu penduduk di bandar Haifa, bandar ketiga di Israel, terpaksa berpindah berikutan kebakaran besar belukar, semalam, ketika bomba berusaha mengawal kebakaran di seluruh negara.


Kebakaran Belukar, Berpuluh Ribu Penduduk Israel Terpaksa Berpindah

Sebahagian penduduk terperangkap di dalam rumah mereka ketika tentera meminta bantuan pasukan simpanan untuk membantu memadamkan api yang kini masuk hari ketiga.

Pihak berkuasa mendakwa kebakaran itu mungkin sengaja dibuat. “Api semakin marak dan merebak dari rumah ke rumah. Suasana amat menakutkan,” kata Ketua Penyelamat di kejiranan Carmel, Naftali Rottenberg kepada radio awam.


Jurucakap Majlis Bandaraya Haifa, Or Doron berkata, seramai 50,000 daripada kira-kira 250,000 penduduk sudah dipindahkan. Jurucakap polis, Micky Rosenfeld pula berkata, penduduk di kawasan empat kejiranan diarah berpindah susulan enam kebakaran dan empat pusat pemindahan sudah disediakan.


Seramai 44 penduduk terbunuh dalam kebakaran pada 2010 di Haifa, kejadian terburuk dalam sejarah Israel -AFP.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments