“Lebih Baik Begini, Daripada Bertudung Untuk Jaga Hati Orang” – Uqasha Senrose

Pelakon Uqasha Senrose lebih selesa kini, kerana tidak perlu menjadi hipokrit selepas mengambil keputusan untuk membuka tudung.
“Saya selesa begini, daripada bertudung hanya sebab nak jaga hati orang ramai buat apa, lebih baik jadi diri sendiri dan saya rasa lega.


“Lebih Baik Begini, Daripada Bertudung Untuk Jaga Hati Orang” – Uqasha Senrose

“Kalau orang tak suka tak mengapalah. Memang dari mula saya bertudung pun tetap ada orang tak suka jadi saya nak buat bagaimana?

“Kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Saya syukur kerana mempunyai keluarga yang amat memahami diri saya.

Baca: Buka Hijab: “Khilaf Ini Datang Daripada Diri Sendiri” – Uqasha Senrose


“Sebelum saya buat keputusan untuk membuka tudung, ya memang saya berfikir terlebih dahulu tentang akibat yang akan saya terima, tapi apa yang saya boleh katakan, saya memilih untuk tidak mahu menjadi hipokrit dengan semua orang,” katanya kepada Astro Gempak.

Uqasha Senrose

Bagaimanapun, Uqasha tidak menafikan akibat daripada tindakan tersebut dia telah menerima pelbagai komen negatif dan cemuhan daripada netizen. Dipetik dari laman Astro Gempak.

Baca:  Uqasha Senrose Akui Insiden Tak Pakai Bra Itu Amat Memalukan !..

“Ya, dulu memang saya ada tutup sekejap ruangan komen di akaun Instagram (IG) kerana komen-komen yang diberikan terlalu teruk.

“Nak kata tertekan sampai tak keluar rumah itu tidaklah cuma memandangkan ini adalah pilihan saya jadi saya perlu berani untuk hadapinya.

Panas!!.. Video: Berdegup Jantung Lelaki Bila Menonton Uqasha Senrose Bergoyang!..

“Tapi sekarang semuanya dah kembali seperti biasa dan tak kisahlah orang nak kata apa yang penting saya gembira dan kehidupan harian saya pun berjalan seperti biasa,” ujarnya,


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments