Header Ads

  • Terkini

    Pasangan Halang Penguatkuasa MBSA Jalankan Tugas Ditahan

    SUNGAI BULOH - Padah menghalang penjawat awam menjalankan tugas, lelaki dan wanita yang terlibat dalam insiden pagi semalam telah ditahan polis.


    Pasangan Halang Penguatkuasa MBSA Jalankan Tugas Ditahan

    Menurut sumber, pasangan berkenaan telah ditahan beberapa jam selepas video insiden itu viral di media sosial.

    Baca: Video Viral Penguatkuasa MBSA Dihalang Ketika Bertugas

    Berdasarkan keterangan mangsa, Nurul Ain Isa, berkata, pasangan terbabit berang dengan tindakannya mengeluarkan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletak kereta.


    Mangsa telah menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan. Penjelasan itu membuatkan pasangan itu bertambah berang dan bertindak menghalang dan merakam gambarnya dengan tujuan menghalang mangsa menjalankan tugas.

    Pasangan Halang Penguatkuasa MBSA Jalankan Tugas Ditahan

    Orang ramai dinasihatkan berhenti memuat naik komen-komen berunsur perkauman kerana insiden tersebut bukan melibatkan bangsa, sebaliknya sikap pasangan berkenaan yang tidak menghormati penjawat awam yang menjalankan tugas dan enggan mengaku kesalahan diri.


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad