Ringgit Terus Menjunam, Cecah Paras 4.4 Berbanding Dolar

Ringgit terus menyusut, mencecah paras 4.4030 berbanding dolar Amerika Syarikat apabila pelabur bertindak balas ke atas kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Janet Yellen, semalam yang memberi bayangan bahawa kadar faedah AS mungkin naik tidak lama lagi.


Ringgit Terus Menjunam, Cecah Paras 4.4 Berbanding Dolar

Pada 10 pagi, ringgit didagangkan pada 4.4030/4100 berbanding dolar AS.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil langkah bagi membendung turun naik dalam pasaran pertukaran asing.

Ketua Penyelidik Mercury Security Sdn Bhd, Edmund Tham, berkata walaupun bank pusat mengulangi bahawa kadar dalam negeri bagi mata wang merupakan harga rujukan yang betul, dan meminta bank-bank berlesen tempatan menghindari daripada memudahkan urus niaga dalam ringgit luar pesisir seperti kontrak hadapan tanpa serahan, ringgit terus menyusut.

"Persoalannya sekarang ialah kita perlu melihat apa yang BNM dapat lakukan untuk menstabilkan dan mengukuhkan nilai ringgit berbanding dolar AS.


"Tekanan jualan ringgit dan trend menurun selain aliran menurun mata wang pasaran pesat membangun, terus berlaku disebabkan dolar US semakin mengukuh.

"Situasi ini perlu dikaji, dan BNM diharap bertindak memandangkan tidak ada yang dapat dilakukan oleh orang ramai," katanya hari ini.

Pada 9.10 pagi, ringgit diniagakan pada 4.3950/4020 terhadap dolar AS berbanding 4.3900/3970 pada Khamis.

- Bernama


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments